Gadis Kedah boleh nikah bila umur 18 tahun, hukuman poligami naik

July 18, 2022 · Isu semasa

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat berkata pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.

“Kalau nak kahwin juga ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan walaupun dia umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah, kalau tanpa kebenaran mahkamah kena denda,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Juhari berkata beliau menolak usul tergempar berkaitan isu banjir dan fenomena kepala air di Baling dan Yan yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh daripada Amanah hari ini atas faktor tidak mengikut peraturan Dewan.

Beliau berkata notis berkaitan usul itu diberikan dalam tempoh yang terlalu singkat iaitu semalam sekali gus tidak mengikut peraturan tempoh 14 hari bagi usul biasa manakala usul tergempar dan penting memerlukan masa tujuh hari ataupun sehari dengan kebenaran Menteri Besar Kedah.

“Jadi tidak bolehlah kita nak buat usul persendirian itu memerlukan tempoh seperti yang saya sebutkan tadi tetapi kalau mahu bekerjasama dengan pejabat Menteri Besar bolehlah dikemukakan usul tergempar dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sekiranya pihak pembangkang beranggapan usul itu penting untuk dibincangkan di dalam Dewan dengan segera mereka boleh tampil bertemunya dengan memberikan alasan munasabah untuk Menteri Besar memberi sokongan berbuat demikian.

“Jelas usul yang nak dibawa ke Dewan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja ataupun dibawa oleh Menteri Besar (bagi notis dalam tempoh) tujuh hari ataupun paling tidak sehari…mereka tidak hubungi saya…kalau dia ikhlas WhatsApp saya, tulis surat,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata peraturan Dewan itu penting untuk dipatuhi bagi memastikan sebarang usul yang dibahaskan nanti berlandaskan fakta tepat daripada laporan jabatan atapun agensi kerajaan berkaitan.

Beliau juga meminta pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan isu banjir dan kejadian kepala air di Baling yang berlaku awal bulan ini.

“Laporan daripada Jabatan Perhutanan saya dah dapat, saya sudah ada kronologi dan tahu siapa yang menandatangani surat untuk luluskan projek ini (ladang Musang King di Gunung Inas), jangan paksa saya dedahkan semua itu, saya tak mahu ‘blame game’ dan saya hendak adil kepada semua…sekarang kita tidak mahu cari salah siapa, yang penting jalan penyelesaian,” katanya.

Persidangan DUN ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. – Bernama

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
22 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok