‘Flashmob’ barang naik: Polis soal siasat Mat Sabu

July 20, 2022 · Isu semasa

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dipanggil Bukit Aman berhubung satu klip video yang mengumumkan beberapa siri flashmob untuk membantah kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Kota Raja yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dipanggil untuk disoal siasat di ibu pejabat polis Bukit Aman sekitar jam 11.15 pagi semalam, dengan keseluruhan sesi berlangsung kira-kira dua jam, kata peguamnya Faiz Fadzil dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi bekas Menteri Pertahanan itu.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana didakwa menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) kerana didakwa menyalahgunakan kemudahan rangkaian, ” tulis Faiz.

Faiz berkata beliau menemaniMat Sabu dalam sesi soal siasat itu, dan menambah bahawa dalam proses itu telefon bimbit Mohamad turut dirampas walaupun mereka membantah.

“Ini satu tindakan yang tidak wajar memandangkan video tersebut tiada kaitan dengan telefon bimbit beliau.

“Saya telah menerima arahan beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis kerana bertindak melanggar hak privasi dan prinsip keadilan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam catatan terbaharu, Faiz berkata telefon Mat Sabu telah dikembalikan kepada anak guamnya tetapi mereka percaya percubaan dibuat oleh polis untuk mengekstrak data daripada peranti itu.

Pada 16 Julai lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah menasihatkan orang ramai supaya menjauhi sebarang demonstrasi awam yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok