Ditamatkan kontrak 24 jam, bekas CEO Finas saman Fahmi, Finas

June 30, 2023 · Isu semasa

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim memfailkan saman terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil selepas diberhentikan dengan notis 24 jam, lapor FMT.

Nasir, 62 yang dilantik sebagai CEO Finas dengan kontrak dua tahun pada 1 November 2021 itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dengan dakwaan diberhentikan secara tidak sah, lima bulan sebelum kontraknya tamat hingga menyebabkan beliau mengalami tekanan mental serta malu.

Beliau yang juga bapa kepada pelakon, Anzalna Nasir turut menuntut surat penamatan khidmat bertarikh 31 Mei yang ditandatangani Pengerusi Finas, Datuk Kamil Ahmad Othman itu tidak sah mengikut undang-undang dan terbatal.

Dalam writ dan pernyataan tuntutan difailkan pada Rabu, Nasir menuntut kira-kira RM135,000 sebagai ganti rugi khas, ganti rugi am serta faedah 5% dan bayaran lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain Fahmi, beliau menamakan Finas dan pengarahnya, Mastura Ahmad Mustafa, Idwan Ariff Abdul Rahman dan Noor Azam Shairi sebagai defendan.

Kata Nasir, pelantikannya dikawal oleh Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan menteri boleh menamatkan perkhidmatannya dengan memberi notis 30 hari atau membayar sebulan gaji sebagai ganti tempoh notis itu.

Nasir mendakwa beliau diminta berhenti pada Jun selepas dibayar gaji sebulan bagaimanapun, beliau berkata penamatan itu dilakukan dengan niat jahat dan tidak diberi alasan yang kukuh.

Menurut Nasir, hari terakhir perkhidmatannya ialah pada 31 Mei lalu berdasarkan surat yang ditandatangani menteri pada 5 Mei lalu.

Beliau berhujah bahawa Finas tidak mempunyai lembaga pengarah yang sah terdiri daripada sekurang-kurangnya sembilan orang pada masa itu. Memandangkan hanya empat orang, lembaga itu tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Mereka berjaya turunkan logo PKR, tapi sejarah tidak menipu: Wan Fayhsal
November 5, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok