Dalam kita gembira menyambut raya ingatlah rakyat Palestin ‘sambut’ bom

May 13, 2021 · Isu semasa

Kita di Malaysia begitu gembira menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini, yang menandakan hari kegembiraan bagi menyambut Aidilfitri.

Biarpun dalam keadaan negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), letupan mercun dan percikan bunga api bercahaya di langit kampung dan taman perumahan.

Bunyinya pun berdentum-dentum.

Tapi sedarkah kita bahawa saudara kita di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza ketika ini bukan menyambut Aidilfitri, tetapi ‘menyambut’ bom yang digugurkan pesawat rejim pengganas Israel ke atas mereka.

Bunyi dentumannya lebih hebat, percikan ‘bunga api’ meruntuhkan bangunan di Gaza. Apalah sangat kita di Malaysia hanya bangga dengan mercun dan bunga api berbanding saudara kita di Palestin.

Malah, bagi mereka tidak ada Hari Raya selepas sebulan berpuasa. Sebagaimana diumumkan Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbad.

“Palestin membatalkan sambutan hari raya sebaliknya kami berkabung bagi mengenang rakyat Palestin yang syahid dibunuh rejim Israel dalam serangan di Semenanjung Gaza,” kata Abbas dalam kenyataan, hari ini.

Abbas telah menghubungi Jawatankuasa Pusat Fatah, Ahmed Helles, Gabenor Gaza Utara, Salah Abu Warda dan beberapa pegawai di Semenanjung Gaza untuk memaklumkan keputusan tidak menyambut hari raya, selain mengikuti perkembangan keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Sejak malam tadi hingga pagi ini penempatan awam Palestin di Semenanjung Gaza terus dibom. Kediaman rakyat Palestin dan bangunan Bank Pusat Gaza, musnah dibedil pesawat rejim Zionis.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan jumlah kematian akibat pengeboman itu meningkat kepada 65 orang, termasuk 16 kanak-kanak, manakala 365 lagi cedera.

Sumber tempatan berkata, pesawat rejim Israel mengebom kawasan dikawal kumpulan pejuang Palestin, termasuk bangunan pasukan keselamatan dan polis.

Di bandar Tel al-Hawa di Semenanjung Gaza, seorang wanita hamil, Reema Telbani dan anaknya terbunuh dalam serangan udara ke atas rumahnya.

Enam rakyat Israel, termasuk dua anggota tentera rejim juga terbunuh dalam serangan roket kumpulan pejuang di Tel Aviv, malam tadi. Askar rejim mendakwa 1,500 roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah beberapa lokasi di wilayah Israel.

Saraya Al-Quds, sayap tentera pejuang Jihad Islam dalam kenyataan berkata, mereka menembak lebih 100 roket ke arah penempatan rejim Israel di Tel Aviv dan kawasan sekitarnya.

Kumpulan pejuang itu juga memaklumkan tiga komander Briged Al-Quds – Sameh Fahim al-Mamluk, Kamal Taiseer Qureiqe’, dan Mohammed Yahya Abu Atah – terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis di Semenanjung Gaza, malam tadi.

“Kami akan terus bertindak balas terhadap keganasanrejim Israel. Kami tidak akan berundur daripada perjuangan ini tidak kira apa yang berlaku,” kata jurucakap Briged Al-Quds.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok