Cuepacs akui ada penjawat awam beza ideologi politik dengan kerajaan

May 10, 2021 · Isu semasa

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menafikan ada penjawat awam yang mempunyai pandangan politik berbeza daripada parti pemerintah.

Bagaimanapun, Presiden Cuepacs Adnan Mat dilaporkan memberi jaminan penjawat awam bersikap berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab serta boleh membezakan kepentingan awam yang dipikul.

“Gesaan agar penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan hari ini untuk melepaskan jawatan mereka, seolah-olah memberi gambaran bahawa penjawat awam tidak amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

“Percayalah bahawa selama ini penjawat awamlah yang membantu melaksanakan segala dasar dan polisi yang diperkenalkan kerajaan dalam membangunkan negara mahupun kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengingatkan kakitangan awam supaya meletak jawatan jika berasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan mewakili parti yang mereka sokong atau suka.

Agenda Daily hari ini memetik kenyataan Ahli Parlimen Marang itu sebagai berkata ada negara apabila sesebuah kerajaan yang memerintah bertukar parti, individu yang dilantik tetap dikekalkan jawatan masing-masing, tanpa ditukar dengan orang lain.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“Jika mereka merasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong olehnya, secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” kata Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Adnan berharap pemimpin politik kerajaan memberi kepercayaan penuh terhadap profesionalisme penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dan negara.

“Walaupun setiap penjawat awam mempunyai pandangan politik masing-masing, pihaknya percaya dan memberi jaminan golongan itu sangat profesional dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab serta boleh membezakan kepentingan awam yang dipikul,” katanya.

Beliau berharap tiada lagi tuduhan mahupun sebarang persepsi bahawa penjawat awam tidak menyokong atau bertindak mensabotaj kerajaan.

Abdul Hadi memberi peringatan itu tanpa merujuk kepada mana-mana pihak yang bersara atau meletak jawatan di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Sebelum ini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan yang didakwa memburuk-burukkan kerajaan, beberapa hari sebelum beliau bersara 4 Mei lalu.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara selepas Pakatan Harapan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad menang Pilihan Raya Umum Ke-14 sekali gus membentuk kerajaan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok