Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram

November 19, 2022 · Isu semasa

Proses pengundian di kerusi Parlimen Baram ditangguhkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) susulan cuaca buruk yang melanda di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan dikeluarkan SPR, sebanyak 11 Pusat Mengundi di kawasan Parlimen tersebut tidak dapat meneruskan proses pengundian ekoran petugas tidak dapat sampai ke tempat tersebut.

“(Ini) kerana keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

SPR juga berkata tarikh baru pengundian bagi pusat mengundi dan saluran tempat mengundi akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian.

Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat adalah seperti berikut:

  • 1 Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2)
  • 2 Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2)
  • 3 RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 & 2)
  • 4 Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2)
  • 5 Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 & 2)
  • 6 Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 & 2)
  • 7 Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1)
  • 8 Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 & 2)
  • 9 Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2)
  • 10 Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 & 2)
  • 11 Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 & 2)

Berita berkaitan
SPR tentukan tarikh penting PRK DUN Jepak pada 25 Sept
September 19, 2023· Politik
Berkempen langgar peraturan, SPR tegur jentera PH dalam PRK
August 29, 2023· Politik
Najib gagal tangguh perbicaraan kes dana 1MDB
August 26, 2023· Isu semasa
PN sahkan letak calon bertanding di PRK DUN Pelangai
August 25, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok