CAAM sahkan pesawat terhempas di Elmina bawa lapan penumpang

August 17, 2023 · Isu semasa

Sejumlah enam penumpang dan dua krew penerbangan berada dalam pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketika mengesahkan kemalangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV itu, dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd, menurut laporan Bernama.

“Pesawat berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazman berkata hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang, ialah pada pukul 2:47 petang dan kebenaran mendarat telah diberikan pada pukul 2:48 petang.

“Pada pukul 2:51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas, namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut,” katanya dan menambah Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC), telah
diaktifkan bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat.

Norazman berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Gambar dan video di kawasan kemalangan berhampiran kawasan kediaman itu, telah viral di media sosial.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak
June 27, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
16 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
16 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok