Buruh, isteri tak mengaku cabul, dera empat kanak-kanak

April 7, 2021 · Isu semasa

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lalu, lapor Bernama.

Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa melakukan kesalahan dengan maksud seksual menyentuh tiga kanak-kanak perempuan berusia sembilan hingga 13 tahun di pusat kebajikan tersebut, pada waktu berbeza.

Antaranya, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 13 tahun di sebuah bilik dan ruang tamu di pusat kebajikan itu, masing-masing dalam kejadian pada Julai 2019 dan September tahun lepas.

Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat, jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima pula, dia didakwa bersama-sama isterinya yang merupakan penjaga pusat kebajikan itu, Nor Adila Zakaria, 35, telah menganiaya kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun hingga mengalami kecederaan fizikal di pipi dan dada.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Hamdan manakala Nor Adila dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Hakim menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok