Bursa Malaysia ditutup rendah

August 15, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam persekitaran sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau berikutan terdapat aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas kenaikan baru-baru ini, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.18 mata untuk ditutup kepada 1,504.01 daripada 1,506.19 pada Jumaat, lapor Bernama.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 0.23 mata kepada 1,506.42 pagi ini, bergerak antara 1,503.02 dan 1,510.11 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran turut negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 496 berbanding 319 manakala 442 kaunter tidak berubah, 1,020 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.54 bilion unit bernilai RM1.73 bilion daripada 2.08 bilion unit bernilai RM1.63 bilion pada Jumaat.

Maybank dan Sime Darby Plantation merupakan antara penyumbang terbesar kepada penurunan dalam indeks komposit, merosot 6.0 sen dan 8.0 sen kepada RM8.91 dan RM4.56, menyumbang gabungan 2.16 mata.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup rendah dalam persekitaran jualan besar-besaran ke atas saham sarung tangan.

“Di peringkat serantau, indeks utama ditutup rendah sebahagiannya berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di rantau ini di tengah-tengah pertikaian AS-China mengenai Taiwan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi bursa tempatan, katanya jualan besar-besaran ke atas saham sarung tangan berikutan penyusutan purata harga jualan yang menyaksikan Hartalega dan Top Glove, masing-masing merosot 7.0 peratus.

“Kami percaya penjualan itu secara keterlaluan berikutan harga saham kedua-dua saham tersebut telah merosot jauh di bawah paras sebelum pandemik. Bagaimanapun, FBM KLCI terus mendapat sokongan yang baik melebihi paras 1,500 berikutan belian asing terutamanya dalam saham telekomunikasi, utiliti dan perladangan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran diniagakan tinggi pada minggu ini dan berada dalam julat 1,500-1,520. Dari segi teknikal, kami mengesan paras halangan segera pada 1,510 diikuti 1,530 manakala paras sokongan pada 1,480,” katanya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.80 bilion saham bernilai RM1.48 bilion daripada 1.43 bilion saham bernilai RM1.43 bilion pada Jumaat.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok