Bursa dibuka rendah walaupun OPR kekal, kaunter rugi mengatasi untung

July 7, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi Jumaat berikutan prestasi negatif Wall Street semalaman selepas peniaga menjangkakan data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih tinggi untuk bulan Jun boleh mendorong Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.92 mata kepada 1,383.03 daripada 1,385.95 pada penutupan Khamis.
Indeks utama dibuka pada paras 1,382.20, lemah 3.75 mata, menurut laporan Bernama.

Pergerakan harga di pasaran keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 178 berbalas 97, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 142.91 juta unit bernilai RM57.17 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones semalaman kerugian 366 mata manakala Nasdaq merosot 113 mata apabila hasil 10 tahun AS melepasi paras empat peratus kepada 4.031 peratus.

Beliau berkata Indeks Hang Seng semalaman pula merosot teruk sebanyak 577 mata selepas minit Rizab Persekutuan membayangkan lebih banyak kenaikan kadar selain tanda-tanda kelembapan ekonomi China yang menyaksikan yuan lemah berbanding dolar AS.

“Di dalam negara, FBM KLCI ditutup lemah di tengah-tengah prestasi serantau yang kurang menggalakkan walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang dijangkakan.

“Kami berpendapat dagangan di bursa tempatan akan bergerak lesu hari ini berikutan penutupan lemah di Wall Street, justeru kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,380-1,390,” katanya kepada Bernama.

Beliau percaya saham teknologi mungkin menyaksikan beberapa masalah berikutan persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi di AS pada masa hadapan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare menambah satu sen setiap satu kepada RM3.89 dan RM5.81, Maybank dan CIMB masing-masing turun tiga sen kepada RM8.70 dan RM5.18 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM9.05.

Bagi saham aktif, Bahvest Resources naik satu sen kepada 23.5 sen, Catcha Digital peroleh 3.5 sen menjadi 28 sen, EA Holdings susut setengah sen kepada setengah sen manakala Sarawak Consolidated dan Tanco tidak berubah, masing-masing mencatatkan 46.5 sen dan 53.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 23.31 mata kepada 10,197.92, Indeks FBMT 100 turun 23.57 mata menjadi 9,893.06 dan Indeks FBM ACE lebih rendah 0.41 mata kepada 5,136.14.

Indeks FBM 70 menguncup 43.46 mata kepada 13,466.72 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 24.65 mata kepada 10,451.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.72 mata kepada 15,449.48, Indeks Tenaga meningkat 0.89 mata kepada 793.05, Indeks Perladangan susut 7.77 mata kepada 6,853.60 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.69 mata menjadi 157.17.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok