Bomba Segamat minta penduduk dekat Sungai Muar siap sedia

January 6, 2022 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor meminta penduduk di sekitar Sungai Muar di daerah Segamat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan paras air sungai berkenaan kini berada pada tahap bahaya.

Ketua Zon 4 JBPM Johor, Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata walaupun cuaca di daerah itu dilaporkan cerah, penduduk tetap perlu berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku limpahan air Sungai Muar luar jangka.

“Sehingga kini banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat masih dibuka kerana paras air Sungai Muar pada tahap bahaya dan jangan terperanjat jika ada kawasan sebelum ini tidak banjir, tiba-tiba rumah mereka dinaiki air.

“Air Sungai Muar akan turun dari hulu ke hilir (dengan arus deras) pada bila-bila masa. Sekarang, ia turun dari Negeri Sembilan ke Segamat dan akan ke Bukit Kepong, ke Kundang Hulu dan terus ke kuala,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai misi menyampaikan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk Kampung Lubok Lanjut semalam.

Memetik Bernama, Rasidi berkata kawasan di sekitar kampung tersebut menjadi antara yang terawal ditenggelami air kerana ia berada berhampiran dengan hulu Sungai Muar.

“Punca atau hulu Sungai Muar adalah di Negeri Sembilan iaitu Jempol, Kuala Pilah, Gemas dan Tampin, sebelum masuk ke Segamat. Tanda aras kami di Segamat adalah kejadian banjir di Negeri Sembilan, jadi walaupun cuaca cerah di daerah ini, kami masih perlu berhati-hati,” katanya.

Setakat ini, seramai 34 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Lubok Lanjut terputus bekalan kerana laluan utama yang menghubungkan kampung itu dan dua kampung lain iaitu Kampung Mensudut Lama serta Kampung Batu 10, ditenggelami air.

Tinjauan Bernama bersama JBPM di Kampung Lubok Lanjut petang tadi mendapati kampung tersebut seperti sebuah pulau apabila sekelilingnya ditenggelami banjir, namun kawasan rumah tidak dinaiki air.

Mengulas mengenai misi berkenaan, Rasidi berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghulurkan bantuan makanan serta barang keperluan termasuk perubatan.

Sementara itu, seorang penduduk, Wahida Wahid, 47, yang ditemui di PPS Surau An Nur Kampung Lubok Lanjut berkata dia sangat bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak bomba.

“Saya ada enam anak dan mengalami strok separuh badan, hendak ke mana-mana memang sukar. Terima kasih kepada pihak bomba kerana banyak membantu termasuk menyampaikan makanan dan ubat-ubatan untuk saya sekeluarga,” katanya.

Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi terjejas banjir di Johor dengan 3,340 orang daripada 905 keluarga masih ditempatkan di 42 PPS setakat pukul 4 petang tadi.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok