Bomba jalankan siasatan dalaman nahas helikopter di Subang

July 23, 2023 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden helikopter model Agusta AW189 miliknya yang terlibat dalam kemalangan di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pagi semalam.

Dalam kenyataan hari ini JBPM memaklumkan bahawa ia akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan dan arahan serta prosedur semasa yang berkuat kuasa, menurut laporan Bernama.

“Pada masa ini, Biro Siasatan Kemalangan Udara (agensi di bawah Kementerian Pengangkutan) juga sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Menurut JBPM, pesawat itu dilaporkan telah ditugaskan untuk menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat kira-kira pukul 11.40 pagi semalam setelah melalui proses penyelenggaraan berkala yang ditetapkan oleh pihak pengeluar seperti dalam program selenggaraan.

“Setelah beberapa ketika pesawat berada dalam pengujian, berlaku kemalangan ke atas pesawat, ia masih belum membuat penerbangan. Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tanpa sebarang halangan di tempat kejadian,” katanya.

Ketika kejadian pesawat dikendalikan oleh anak kapal JBPM iaitu Timbalan Penguasa Bomba II Hasrizal Kamaruzzaman (komander pesawat) dibantu oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Che Muhammad Azlan Che Mohammad (juruterbang) dan seorang Air
Quartermaster, Pegawai Bomba Kanan I Fua’ad Jamaluddin.

Selain itu, empat krew selenggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd turut berada di dalam pesawat iaitu Muhammad Mohd Taib (ketua jurutera), Ahmad Zhafri Mohd Nor (jurutera avionik), Mohammad Zhafir Mohammad (pelatih) dan Ryan Xavier Julius (pelatih).

Kata JBPM, kesemua anak kapal dan krew senggaraan yang terlibat telah mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali seorang krew selenggaraan yang mengadu sakit pinggang dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan dan setelah pemeriksaan rapi, beliau telah dibenarkan pulang dan dilaporkan dalam keadaan selamat,” kata JBPM.

Berita berkaitan
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
7 jam lalu· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok