Harga barang naik, amalkan langkah bijak berbelanja

December 10, 2021 · Isu semasa

Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka.

Pakar Kewangan Pengguna, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, kenaikan harga barang atau kos sara hidup adalah sesuatu yang boleh kita jangkakan apabila sektor ekonomi kembali dibuka malahan isu tersebut sebenarnya kerap berbangkit saban tahun.

“Ia berbalik kepada konsep bekalan dan permintaan di mana kita dapat lihat dari segi permintaan semakin meningkat, namun bekalan kurang selain ba­nyak bergantung pada barangan import juga faktor ekonomi semasa dunia dan pandemik yang mengakibatkan isu ini berlaku.

“Tidak dinafikan ada dalam kalangan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga dengan pelbagai alasan, namun tidak boleh juga pandang ringan kos operasi dan perbelanjaan mereka yang mengakibatkan harga jualan terpaksa dinaikkan,” katanya.

Menurut Mohamad Fazli, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus panik kerana kea­daan itu akan seterusnya membawa kepada pembelian panik yang pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

“Lihat sahaja semasa PKP dahulu apabila berlaku pembelian panik, pelbagai barangan habis di pasar raya sehingga menyukarkan kehidupan pengguna itu sendiri. Bila permintaan semakin meningkat, di situlah orang akan ambil kesempatan untuk me­naikkan harga.

“Tidak perlu panik, kawal perbelanjaan kita dengan membuat perbandingan harga dan sebagainya, sediakan bajet atau senarai perbelanjaan termasuk rancang perjalanan sebelum keluar rumah,” ujar beliau.

Jelas beliau, sebagai pengguna kita mempunyai kuasa untuk mengharungi isu kenaikan harga barang kerana kita mempunyai hak untuk membeli atau tidak, malah kita juga ada persatuan yang membela hak selain pelbagai saluran untuk adukan sebarang ketidaktelusan

Dalam pada itu, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

Di samping itu, orang ramai hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggung jawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dan bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting ini.

Berita berkaitan
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023· Dunia
‘Jika masa sukar PN mampu tadbir negara, sekarang lebih mudah’
November 10, 2022· Politik
Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah, kata Radzi Jidin
November 4, 2022· Isu semasa
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok