Belanjawan 2023 tidak sentuh masalah sebenar rakyat, kata Muhyiddin

March 6, 2023 · Isu semasa

Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dilihat tidak menyentuh masalah sebenar yang dihadapi rakyat.

Bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembentangan belanjawan selama berjam-jam itu juga tidak menyentuh sebahagian besar manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum yang lalu.

“Ucapan YAB Tambun (Anwar) juga nampaknya tidak komprehensif serta tidak menyentuh masalah sebenar rakyat di peringkat akar umbi. Yang digemari Tambun hanyalah bermadah.

“Rakyat tidak berminat untuk mendengar madah dan istilah yang digunakan oleh Tambun, tetapi lebih risau tentang keperluan asas dan jaminan masa depan ekonomi dan kebajikan mereka.

“Saya membuat perbandingan Belanjawan Tambun dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). Terdapat banyak janji dalam manifesto PH yang tidak ditepati atau tidak disentuh langsung di dalam belanjawan ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau melahirkan kebimbangan terhadap nasib rakyat yang terpaksa berdepan perbelanjaan berganda beberapa bulan ini namun kerajaan tiada penyelesaian untuk masalah mereka.

“Bagaimana rakyat hendak berdepan dengan situasi perbelanjaan berganda menjelang pembukaan semula sekolah, ketibaan bulan puasa dan persediaan menghadapi Aidilfitri yang semakin hampir?

“Semua ini terpaksa dilalui rakyat dalam keadaan beban kos sara hidup yang terus meningkat dan kadar inflasi yang tinggi. Kita tidak mendengar apakah penyelesaian sebenar kepada masalah kos sara hidup rakyat daripada pembentangan belanjawan ini,”katanya.

Menyentuh soal subsidi bersasar yang diwar-warkan, Muhyiddin berkata sehingga kini masih tiada mekanisme pelaksanaannya.

“Dalam belanjawan YAB Tambun menyebut tentang iltizam kerajaan hari ini untuk mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar namun saya melihat masih tiada mekanisme yang kukuh dalam aspek pelaksanaannya.

“Kerajaan hari ini tidak membuat saringan had subsidi mengikut kategori pendapatan T20, M40 dan B40, seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya.

Tegasnya, klasifikasi subsidi harus disemak semula secara teliti untuk mengurangkan bebanan fiskal negara.

“Misalnya, subsidi terhadap bahan input seperti baja bolehlah dikekalkan, namun subsidi menyeluruh terhadap output seperti bahan api haruslah diselaraskan dengan harga semasa global. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, ia mestilah mengikut formula produktiviti bagi setiap kos bahan input kepada output,” katanya.

Berita berkaitan
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
PMX mahu LHDN siasat individu ‘maha kaya’ dan syarikat elak bayar cukai
March 7, 2023· Isu semasa
Ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2023 Tan Sri Muhyiddin Yassin
March 6, 2023· Rencana
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
14 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
42 minit lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
57 minit lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok