Bekas MB Selangor masuk ICU, diberi rawatan rapi

July 23, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut pentadbir akaun Facebook bekas Menteri Besar Selangor itu memberitahu hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat Khalid kerana keadaannya yang sensitif dengan persekitaran luar dan terdapat prosedur ketat dikenakan kepada pelawat oleh pihak hospital.

“Hospital mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat dan jumlah pelawat juga terhad dan kami dahulukan ahli keluarga sahaja,” katanya.

Tambahnya, ahli keluarga memohon agar diberikan ruang kepada mereka untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

Semalam keadaan kesihatan Khalid, 75, dilaporkan merosot apabila beberapa jururawat dilihat menyiapkan peralatan untuk merawat beliau dekat rumahnya.

Makluman tersebut dikongsikan bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang menyeru orang ramai mendoakan kesihatan Khalid kembali pulih seperti biasa.

Jelas kenyataan pentadbir itu, orang ramai diminta untuk terus berdoa supaya bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu pulih seperti sedia kala serta keluarga diberi kekuatan dan kesabaran.

“Sekali lagi memohon kemaafan dan menyatakan penghargaan tidak terhingga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada pemimpin kesayangan kita ini.

“Bagi pihak Tan Sri (Khalid) kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa yang tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhannya,” jelasnya.

Abdul Khalid pernah dimasukkan ke hospital pada April lalu akibat jangkitan kuman.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kes Sanusi kritik MB Selangor dibicara pada 18 Jan 2024
October 4, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok