Bekalan habis sebab jumlah pemberian vaksin meningkat

June 26, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjangkakan masalah kekurangan bekalan vaksin dapat diatasi menjelang Julai ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Sambil mengakui beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) kehabisan bekalan, beliau berkata masalah itu berlaku disebabkan peningkatan jumlah pemberian vaksin kepada orang ramai.

“Sekarang ini kita sedang tingkatkan kadar penggunaan vaksin. Jadi telah berlaku di beberapa PPV, di mana telah habis stok sedia ada dan penghantaran tak dapat dibuat.

“Ini mungkin untuk sehari dua sahaja. Kita cuba elak perkara ini dengan perancangan lebih rapi. Saya rasa dalam Julai, bila penghantaran (dibuat) lebih banyak, perkara ini tak akan berlaku lagi,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Khairy berkata kadar imunisasi di Selangor yang dikatakan masih rendah bukan berpunca daripada kekurangan bekalan vaksin sebaliknya disebabkan kapasiti.

“Sebaliknya, mereka bergelut dengan isu kapasiti penggunaan vaksin dan dikenal pasti sebagai negeri yang merekodkan antara kadar imunisasi terendah di Malaysia.

“Selangor mengalami isu kapasiti pemberian vaksin yang rendah, iaitu sekitar 20,000 dos sehari sebelum ini,” katanya.

Katanya, menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri, jumlah pemberian suntikan berupaya ditingkatkan kepada 50,000 dos sehari tetapi masih tidak mencukupi kerana jumlah itu mesti digandakan kepada 100,000 dos sehari.

“Kita buka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) mega dan sebagainya, demi untuk tingkatkan kadar penggunaan vaksin. Justeru isu di Selangor bukan disebabkan masalah bekalan.

“Sebaliknya, mereka bergelut dengan isu kapasiti penggunaan vaksin dan dikenal pasti sebagai negeri yang merekodkan antara kadar imunisasi terendah di Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok