Bayaran tol lima lebuh raya guna kad kredit, debit mulai September

March 21, 2023 · Isu semasa

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa sistem kutipan tol baharu akan dilancarkan menjelang September membolehkan pengguna jalan raya membayar caj tol menggunakan kad debit dan kredit melalui pembayaran terbuka di lima lebuh raya.

Dalam satu kenyataan hari ini (21 Mac 2023), beliau berkata kementerian sedang berusaha untuk beralih kepada sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

“Sejak awal tahun ini, saya telah mengarahkan perancangan dan perbincangan dengan pihak terbabit serta syarikat konsesi lebuh raya untuk mengorak langkah ke arah pelaksanaan sistem pembayaran terbuka. Saya juga turut serta dalam pelbagai perbincangan yang telah diadakan.

“Hasil perbincangan ini, saya sukacita dimaklumkan bahawa beberapa lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka menjelang September 2023.

“Lebuh raya yang dimaksudkan ialah Lebuhraya Sungai Besi; Lebuhraya Baru Pantai; Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur; Lebuhraya Koridor Guthrie; dan Jambatan Pulau Pinang.

“Melalui sistem pembayaran terbuka ini, pengguna boleh mula menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol ,” katanya di Facebook hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata MLFF dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada 2025.

Menurutnya kajian mengenai penggunaannya juga akan dimulakan pada 2024 dan diunjurkan mengambil masa antara satu setengah hingga dua tahun untuk disiapkan.

Katanya pelaksanaan MLFF akan memberi impak positif kepada masalah kesesakan yang semakin teruk, terutama di plaza tol, apabila pemandu tidak perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan mereka untuk melakukan transaksi tol.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Bermula September, boleh bayar tol guna kad bank
June 15, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok