Banjir: Penduduk terperangkap atas bumbung mohon diselamatkan

March 1, 2023 · Isu semasa

Seorang penduduk Kampung Jawa, Chaah di Segamat, Azizah Bani, terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah mereka, setelah banjir melanda perkampungan itu susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi, 1 Mac 2023.

Beliau bersama suami, tiga anak dan ahli keluarganya yang lain turut membuat hantaran menerusi Facebook memohon diselamatkan.

Azizah, 53, berkata dia terpaksa memecahkan bumbung rumah mereka di Jalan Sidek, berhampiran Masjid Chaah itu sebelum bersama abangnya, suami dan tiga anak memanjat keluar untuk menyelamatkan diri apabila rumah mula ditenggelami air, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Dia turut menggunakan laman Facebook melalui tayangan video secara terus, meminta diselamatkan dengan segera.

“Saya mohon bantuan segera untuk selamatkan saya sekeluarga atas bumbung ini. Tolong hantar bantuan helikopter dengan kadar segera. Kami sehelai sepinggang, tiada makanan minuman dan basah akibat hujan lebat.

“Suami saya kesejukan dan tidak dapat menahan rasa sejuk di atas bumbung dengan hujan lebat yang turun tanpa henti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azizah berkata, dia juga sudah menghubungi pihak bomba serta talian kecemasan 999 beberapa kali bagi memohon bantuan dan diberitahu sekitar bandar Labis turut terjejas teruk akibat banjir.

Pihak berkuasa berkaitan juga dilaporkan menerima beberapa laporan mengenai mangsa banjir terperangkap di atas bumbung kediaman berikutan cuaca semakin buruk, namun misi menyelamat sudah dan sedang digerakkan.

https://www.facebook.com/azizah.bani.9/videos/596873831942212

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok