Apandi Ali menangis beri keterangan di mahkamah, lapor Bernama

April 7, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal mengawal perasaan dan menangis ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes saman beliau terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam satu artikel berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Agensi berita Bernama melaporkan, babak penuh emosi itu berlaku ketika Mohamed Apandi menjawab soalan peguamnya, M Visvanathan pada hari ketiga perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar berhubung tempoh beliau menyandang jawatan Peguam Negara (AG) dari 2015 hingga 2018.

Soalan itu berkisar mengenai artikel berita asing berhubung skandal tersebut yang dibangkitkan peguam Lim semalam dan Mohamed Apandi berkata, ia adalah laporan berita The New York Times dan ditulis sejurus selepas sidang akhbarnya pada 26 Januari 2016.

Sebagai AG, Mohamed Apandi memikul dua tangggungjawab iaitu sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pendakwa raya, jadi beliau tidak mempunyai masa untuk membaca akhbar tempatan atau luar negara.

“Sebagai pendakwa raya, terdapat beribu-ribu kertas siasatan di seluruh negara yang perlu saya teliti sebelum diagihkan kepada pegawai di negeri terbabit kecuali kes berprofil tinggi, saya begitu sibuk. Saya juga tidak dapat mengambil cuti kerana ini bukan satu tugas yang mudah. Ia sememangnya satu tanggungjawab yang amat berat dan telah menyebabkan kesihatan saya terjejas.

“Saya kini menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan tekanan,” katanya.

Mohamed Apandi berkata, beliau dilantik sebagai AG pada usia 65 tahun dan tidak memiliki jumlah tahun perkhidmatan yang mencukupi untuk menerima pencen penuh.

“Itulah pengorbanan yang saya lakukan apabila saya diberi tugas sebagai AG dan jawatan AG bukan jawatan yang berpencen. Ia adalah jawatan kontrak.

“Terima kasih kerana membenarkan saya meluahkan semua ini. Saya pendam perkara ini, orang ramai mengutuk saya. Saya minta maaf, saya tak dapat teruskan,” kata beliau dengan air mata bercucuran di pipi sambil ditenangkan peguamnya.

Mohamed Apandi juga memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak pernah meminta atau melobi untuk menjadi AG.

“Ketika itu saya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan tidak sabar untuk bersara apabila secara tiba-tiba saya dilantik sebagai AG,” katanya.

Mahkamah kemudian berehat selama sejam sebelum Mohamed Apandi meneruskan keterangannya.

Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam Malaysiakini.

Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tikda beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.

Mohamed Apandi, yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.

Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perbicaraan bersambung esok.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok