Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA

March 23, 2023 · Isu semasa

Bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini, yang mencetuskan kontroversi kerana memfitnah Bersatu berebut kerusi Menteri Besar Perak, tahun lalu, kini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA).

Dia dilantik menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim berkuat kuasa hari ini (23 Mac 2023).

Pengumuman pelantikannya dibuat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Datuk Ewon Benedick

Ewon berkata pihaknya yakin pelantikan Mohd Annuar dapat membawa agensi itu untuk bersama-sama kementerian memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya.

“Selain itu, pelantikan itu juga dapat menyokong hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia Madani,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan UDA.

Sebelum ini, Mohd Annuar yang juga bekas pengerusi Agensi Berita Nasional (Bernama) mengakui menulis perkara tidak sahih dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu yang kemudian ditularkan.

Menerusi mesej WhatsApp yang tular, Mohd Annuar dipetik berkata PN di Perak berebut sesama sendiri jawatan MB sedangkan Sultan Nazrin mahukan kerajaan Perak ditubuhkan segera bagi menyelesaikan pembentangan bajet negeri sebelum musim banjir.

Dalam mesej itu Annuar berkata PH membuat pengorbanan besar menerima syarat BN bagi jawatan MB, perlantikan tiga Exco Perak dari BN, Speaker DUN serta menggugurkan tuntutan hak milik tanah 999 tahun.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kemudian menyifatkan tuduhan Annuar itu sebagai fitnah besar, berniat jahat serta cubaan menjatuhkan kredibiliti Bersatu.

Pada 22 November 2022, Annuar yang juga Ahli Dewan Negara Perak memohon maaf kepada Bersatu Perak berhubung dakwaannya bahawa parti itu berebut jawatan Menteri Besar MB dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Kontroversi itu berlaku selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15, 19 November 2022, apabila hanya menang sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding PN (26 kerusi) dan Pakatan Harapan (PH) 24 kerusi.

UMNO/BN kemudian memilih bekerjasama dengan DAP/PH untuk membentuk kerajaan negeri.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok