
Penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 58 tahun kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Menurut laporan media, Allahyarham Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan selepas menghidap penyakit jantung.
Terdahulu, pada 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasme[email protected]) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.
Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
Namun, akibat kekangan kewangan dialami, Bob hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu.
Sebelum ini, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020.