Akauntan ditahan tumbuk bekas isteri, minta hutang RM87 ribu

August 7, 2023 · Isu semasa

Gara-gara tidak berpuas hati bekas suaminya mengelak daripada membayar hutang sebanyak RM87,000, seorang wanita bertindak menumbuk dan menendang lelaki itu di sebuah rumah di Bukit Indah, Ampang, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian pada 6.55 petang, wanita berusia 38 tahun yang bekerja sebagai akauntan itu telah pergi ke rumah bekas suaminya yang berusia 28 tahun dan bertindak memarahi mangsa berkaitan hutang berkenaan sebelum menumbuk mulut pengadu, lapor Bernama.

“Suspek juga telah mengetuk kepala mangsa dengan hulu pengikis simen serta menendang pengadu di bahagian perut. Ketika kejadian mangsa sedang mengemas rumah sewa untuk diserahkan kembali kepada pemilik rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang peniaga telah membuat laporan polis dan wanita berkenaan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, pada 9.45 malam, di Ampang.

Katanya siasatan mendapati, pasangan yang mempunyai seorang anak berusia setahun lebih itu telah bercerai pada 11 Julai lalu.

Menurutnya polis mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.

Berita berkaitan
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
7 lelaki Pakistan ditahan disyaki terlibat pemerdagangan orang
June 14, 2023· Isu semasa
Pelakon dihantar ke Hospital Bahagia selepas tak mengaku tumbuk isteri
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok