Ahli perniagaan rahsiakan sumber 100 kilo emas, RM3.4 juta didakwa

April 13, 2022 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, antaranya merahsiakan sumber 100 keping emas dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) dan wang tunai berjumlah RM3.4 juta, tahun lepas.

Choo Hin Voon, 44, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Choo didakwa merahsiakan sumber 100 kepingan emas seberat 100 kg (kilogram), wang tunai RM3.4 juta dan wang tunai US$1.2 juta yang dirampas oleh dua pegawai polis di sebuah rumah di Jalan Batu Nilam 25, Bandar Bukit Tinggi Klang, Klang, Selangor pada 14 dan 19 April 2021, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesemua perbuatan didakwa dilakukan antara 23 Jun 2021 dan 7 April lepas mengikut Subseksyen 4(1)(d) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Subseksyen itu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, Choo didakwa dengan niat memperdaya telah menggunakan suatu catatan palsu melalui dokumen pernyataan bertulis dengan bersumpah di bawah Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, berhubung harta hasil daripada aktiviti haram iaitu kepingan emas dan wang tunai seperti dalam pertuduhan pertama hingga ketiga.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama subseksyen 49(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Abdul Hakeem Aiman yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya telah menetap di Klang, Selangor bersama isteri dan dua anaknya selama 17 tahun selain tiada risiko untuk melarikan diri.

Mahkamah membenarkan Choo diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap awal bulan selain menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
5 jam lalu· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok