Ahli Parlimen Labuan mohon batal pertuduhan kes kontrak pekerjaan

May 20, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan, bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang dihadapinya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman dalam kenyataan media berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas, atas alasan pertuduhan terhadap anak guamnya tiada merit atau asas dari segi fakta mahupun perundangan.

Muhammad Rafique berkata pada tarikh sama (11 Mei) pihaknya juga memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, untuk dibicarakan, lapor Bernama.

“Pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurshafini Mustafha hari ini, mahkamah menetapkan 26 Mei untuk pengurusan kes bagi permohonan untuk membatalkan pertuduhan, sementara pengurusan kes bagi permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 23 Jun ini,” katanya.

Pada 4 April lepas, Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan Rozman untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 27, 28 dan 29 Jun, 7 Julai, serta 11 dan 12 Ogos, sebagai tarikh perbicaraan.

Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok