Ada kes rasuah libatkan pembelian peralatan berkaitan Covid-19: SPRM

May 24, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pembelian yang melibatkan sektor perkhidmatan kesihatan negara ini ketika pandemik Covid-19 melanda, terpalit dengan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata perbuatan itu menunjukkan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat wang haram dalam pada orang ramai berdepan dengan kesakitan.

Beliau berkata, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian perubatan peralatan atau perubatan melalui tabung kecemasan.

Bagaimanapun apa yang menyedihkan, walaupun pandemik dan negara dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian ini terpalit dengan kes rasuah.

“Ini menunjukkan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai.

“Siasatan dilakukan SPRM berhubung Covid-19, termasuk rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan bantuan dan pakej rangsangan.

“Selain itu ia turut membabitkan penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain) dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah serta rasuah pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya memetik laporan BH.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia kali ketiga yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Azam berkata, SPRM membuka sebanyak 376 kertas siasatan membabitkan 415 tangkapan berkaitan jenayah rasuah mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Katanya, suku pertama tahun ini juga turut menyaksikan sebanyak RM12.58 juta aset dirampas, manakala RM59 juta lagi dilucut hak.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 829 kertas siasatan dibuka SPRM dan daripada jumlah itu, sejumlah 851 tangkapan dibuat dengan nilai aset dirampas adalah sebanyak RM162 juta manakala RM5.13 bilion dilucut hak.

“SPRM akan terus mempergiatkan fungsi suruhanjaya ini untuk membanteras aktiviti rasuah dan penyelewengan malah kita mencari pelbagai cara untuk memerangi rasuah yang kini semakin rumit kerana tipoligi dan modus operandi dipertingkatkan.

“Sebagai contoh, sebelum ini SPRM perlu mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen untuk menumpaskan sindiket yang menggodam sistem imigresen bagi mengeluarkan pas untuk pelawat dan pekerja sementara palsu,” katanya.

Beliau berkata, seramai 12 individu termasuk pegawai imigresen ditahan dalam operasi secara besar-besaran terhadap 22 lokasi di Kuala Lumpur, termasuk 147 akaun bank dengan baki berjumlah RM10 juta dibekukan, hartanah bernilai RM11.87 juta dan 66 kenderaan bernilai RM13 juta dirampas,” katanya.

Azam mendedahkan, kegiatan rasuah itu sudah berlarutan sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan kutipan hasil yang maksimum.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok