80,000 kenderaan dijangka guna SUKE setiap hari

September 14, 2022 · Isu semasa

Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan mengurangkan kesesakan di bahagian timur Kuala Lumpur dengan 80,000 kenderaan dijangka menggunakannya setiap hari.

Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata pada pembukaannya, SUKE yang menjangkau 24.4 kilometer (km) dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew dengan purata 30 peratus.

Beliau berkata SUKE turut menghubungkan penggunanya dengan beberapa lebuh raya sedia ada seperti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

“”SUKE memberi alternatif yang lebih cepat, mudah, efisien dan selamat kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Menurut Mohammad Azlan fasa pertama SUKE bagi jajaran sejauh 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang ke Bukit Antarabangsa akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat, namun menyatakan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual mengumumkan tarikh pembukaannya esok.

Beliau berkata laluan itu telah siap dan pembukaannya diluluskan kerajaan untuk manfaat pengguna jalan raya. – Bernama

Berita berkaitan
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023· Politik
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
Suspek lawan arus di lebuh raya SUKE sudah diambil keterangan
June 20, 2023· Isu semasa
Saksi kemalangan motosikal berkuasa tinggi di SUKE diminta tampil
June 15, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok