57 jangkitan baharu Covid-19 di Langkawi, 598 kes aktif

September 17, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 57 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Langkawi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, meningkat berbanding 36 kes semalam, menjadikan kes aktif di pulau peranginan yang dibuka semula kepada pelancong mulai semalam, sebanyak 598 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dalam kenyataan hari ini berkata, semua jangkitan baharu itu membabitkan penduduk tempatan dan sejak semalam tidak ada pelancong yang setakat ini dikesan dijangkiti Covid-19.

Statistik dikeluarkan jabatan itu menunjukkan 235 kes aktif direkodkan di Mukim Kuah; Air Hangat (122 kes); Ulu Melaka (93 kes); Padang Matsirat (85 kes); Bohor (35 kes); dan Kedawang (28 kes).

Pulau peranginan Langkawi mula menerima kehadiran semula pelancong di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula semalam, setelah setahun lebih ditutup susulan penularan Covid-19 bermula awal tahun lalu.

Semalam sahaja, lebih 3,000 pelancong dilaporkan sudah mendarat di pulau itu, dengan dikenakan prosedur operasi standard (SOP) sebelum menaiki pesawat atau feri.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pula menyasarkan kira-kira 200,000 pelancong domestik akan mengunjungi Langkawi bermula semalam hingga Disember ini.

Sementara itu, Kedah hari ini merekodkan 1,173 jangkitan baharu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu sebanyak 123,909 kes dengan 18,973 kes masih aktif.

Daerah Kulim merekodkan jangkitan baharu tertinggi sebanyak 439 kes, diikuti Kota Setar (304 kes); Kuala Muda (137 kes); Baling (104 kes); Pendang (63 kes); Bandar Baharu (23 kes); Padang Terap (20 kes); Kubang Pasu (19 kes); Yan (enam kes); dan Sik (satu kes).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok