56 kematian semalam, 11 kes BID

April 3, 2022 · Isu semasa

Seramai 56 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (2 April 2022), meningkat berbanding 30 kes pada Jumaat.

Jumlah itu termasuk 11 kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum mangsa dibawa ke hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,069 kes, termasuk 7,397 kes BID, menurut laman sesawang CovidNOW, yang dikemas kini jam 8.20 pagi ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan sama ada 11 kes BID itu turut membabitkan kalangan 196,491 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 pada tahap rendah atau tidak memerlukan rawatan intensif.

Data CovidNOW juga menunjukkan tiga negeri – Perak, Selangor serta Kuala Lumpur – mencatat 10 kematian semalam.

Sehingga semalam Selangor mencatat kumulatif kematian sebanyak 10,541 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,801 kes); dan Perak (1,845 kes;).

Sejak awal 2020 hingga semalam, Selangor merekodkan kumulatif positif sebanyak 1,212,403 kes dengan 1,098,266 pesakit telah sembuh, dan 103,596 kes masih aktif, dengan 102,467 individu menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 154 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 932 dimasukkan ke hospital; dan 43 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Johor merekodkan lapan kematian, diikuti Kedah (tujuh); Melaka (tiga); masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Pahang; serta masing-masing satu di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dicatat di Kelantan, Perlis, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok