39 kematian semalam tertinggi tahun ini, kes aktif melonjak 217,782 

February 18, 2022 · Isu semasa

Jumlah kumulatif kematian sejak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu meningkat kepada 32,239 kes, susulan 39 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Hampir separuh daripada jumlah kematian semalam atau 17 pesakit meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan di hospital atau dikategorikan sebagai kes ’brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhan kes BID sebanyak 6,540 kes.

Berdasarkan statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini, jumlah kematian dan kes BID yang dilaporkan semalam adalah yang tertinggi pernah dilaporkan tahun ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan sama ada 17 kes BID itu adalah terdiri daripada pesakit yang sedang menjalani kuarantin di rumah atau tidak.

Selangor dan Sabah mencatat kes kematian tertinggi iaitu masing-masing 16 dan 14 kes – juga rekod tertinggi tahun ini bagi kedua-dua negeri berkenaan.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes kematian di Selangor meningkat kepada 10,100 kes, manakala Sabah (2,887 kes).

Sehingga semalam, Selangor merekodkan 875,888 kumulatif positif, dengan 815,525 pesakit telah sembuh dan 50,263 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 48,663 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 462 ditempatkan di PKRC; 1,110 dimasukkan ke hospital dan 28 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala bagi Sabah pula setakat ini mencatat 292,545 kumulatif positif, dengan 249,503 pesakit telah sembuh, dan 40,155 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 37,561 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,260 ditempatkan di PKRC; 1,297 dimasukkan ke hospital; dan 37 dirawat di ICU, dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, Kelantan, Pahang serta Perak pula merekodkan dua kematian semalam, diikuti masing-masing satu di Kedah, Melaka serta Kuala Lumpur.

Setakat ini, lima negeri kekal merekodkan kumulatif kes kematian melebihi 2,000 iaitu Selangor sebanyak 10,100, diikuti Johor (3,958); Sabah (2,887); Kuala Lumpur (2,705); dan Kedah (2,207 kes).

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan 3,138,215 kumulatif kes positif – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN – dengan 2,888,194 pesakit telah sembuh, dan 217,782 kes masih aktif, meningkat 14,918 kes berbanding 202,864 pada Rabu.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 204,876 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 5,571 ditempatkan di PKRC; 7,119 dimasukkan ke hospital; dan 216 pesakit dirawat di ICU, dengan 141 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok