2,310 pelajar terima sumbangan Yayasan Petronas

June 12, 2023 · Isu semasa

Seramai 2,310 pelajar asnaf di negeri Kedah menerima sumbangan daripada Yayasan Petronas, hari ini.

Sumbangan ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad di Wisma Darul Aman.

Katanya, sumbangan ini berupa barangan persekolahan serta baucer RM150 bagi pembelian pakaian sekolah di Pasaraya Mydin.

Pelajar yang terpilih ini terdiri daripada 1360 pelajar sekolah menengah dan 950 pelajar sekolah rendah.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Petronas kerana sudi bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk sampaikan Bantuan Persekolahan kepada anak-anak Pelajar Negeri Kedah.

“Ini terbukti Yayasan Petronas sangat telus dalam menyampaikan sumbangan tanpa mengira perbezaan politik antara pusat dan negeri.

“Semoga dengan sumbangan ini akan membantu dan memotivasikan pelajar-pelajar di Negeri Kedah untuk lebih tekun belajar seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Gimik Penyerahan Sumbangan Persekolahan Kepada Pelajar Di Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau juga memaklumkan, sumbangan tersebut akan mula diagihkan hari ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah serta diperingkat DUN juga akan membantu menguruskan pengangkutan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan untuk membeli di Mydin.

Hadir sama, Ketua Petronas Wilayah Utara & Tengah, Zulkifli Othman dan Pengurus Wilayah Utara & Tengah, Hazly Azrin Hamzah.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
2 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok