2,078 jangkitan Covid-19 dilaporkan

April 19, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 2,078 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, dalam tempoh itu sebanyak 1,402 kes sudah sembuh, 228 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 93 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sarawak, Selangor dan Kelantan kekal mencatatkan kes tertinggi.

Noor Hisham berkata, lapan kematian dilaporkan membabitkan  warga tempatan manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 20,522.

Beliau berkata, 14 kluster baharu dikenal pasti membabitkan enam kluster berkaitan pendidikan termasuk satu kluster sekolah atau institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, empat kluster komuniti, tiga kluster tempat kerja, dan satu kluster keagamaan iaitu Bayan Cenderawasih di Kedah.

Tiga kluster pendidikan dilaporkan di Kelantan iaitu Kluster Tangok, Pulai Chondong dan Jalan Hospital, selain Kluster Jalan Tagasan (Sabah), Jalan Medan Aliff (Johor) dan Jalan Weng (Kedah).

Tiga kluster komuniti dilaporkan di Sarawak iaitu Kluster Sungai Duan, Sungai Passin dan Sungai Selitut, manakala satu di Perak iaitu Kluster Jalan Bandar Universiti.

Dua kluster tempat kerja dilaporkan di Johor iaitu Kluster Jalan Cahaya Baru dan Cyber Park manakala satu di Selangor iaitu Kluster Jalan Sulah 16.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok