1,500 ekor babi dihapuskan bagi bendung penularan ASF di Pulau Pinang

January 10, 2023 · Isu semasa

Lebih 1,500 ekor babi dihapuskan di sebuah ladang ternak di Perkampungan Valdor, di Seberang Perai Selatan (SPS) dalam usaha membendung penularan penyakit demam babi Afrika (ASF).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata semua babi yang dihapuskan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF, menurut laporan Bernama.

“Setakat semalam tiada kes ASF yang baharu di ladang-ladang ternak babi dan buat masa sekarang kes (ASF) masih dalam kawalan yang kita masih kendalikan di peringkat daerah sahaja kerana setakat ini ia libatkan daerah SPS sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Hari Tanpa Tunai Bagi Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Mohd Sayuthi berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sedang memantau perkembangan kes ASF dan akan mengambil tindakan segera bagi memastikan penularan tidak merebak ke kandang-kandang lain di negeri ini.

Beliau berkata ladang ternak babi kedua masih di peringkat pemantauan dan pihaknya masih menunggu keputusan JPV.

Katanya ladang itu juga tidak mempunyai ruang untuk penanaman bangkai babi yang dijangkiti ASF.

“Ladang itu ada lebih 2,500 ekor babi iaitu bilangan lebih besar namun saiz ladang sedikit kecil,” katanya.

Sehingga Jumaat lepas, dua ladang ternak babi di Perkampungan Valdor ditutup ekoran penularan kes ASF.

Berita berkaitan
ASF: Kerajaan PH-BN bincang beri pampasan kepada penternak babi
February 20, 2023· Isu semasa
Jumlah ladang babi di Pulau Pinang positif wabak ASF terus meningkat
February 14, 2023· Isu semasa
Ketua Menteri Pulau Pinang sahkan tiga lagi ladang babi dikesan penyakit ASF
February 3, 2023· Isu semasa
Demam Babi Afrika tak jangkiti manusia, kata Veterinar
January 30, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok