Jumlah ladang babi di Pulau Pinang positif wabak ASF terus meningkat

February 14, 2023 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang memaklumkan jumlah ladang babi komersial di negeri itu yang dikesan positif wabak demam babi Afrika (ASF) terus meningkat kepada 30 buah ladang setakat ini.

Daripada jumlah itu, 19 ladang tersebut dikesan di daerah Seberang Perai Selatan (SPS); enam di Seberang Perai Utara (SPU); tiga di Barat Daya dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dengan jumlah keseluruhan populasi babi yang terjangkit sebanyak 68,659 ekor.

Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, langkah ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi di ladang positif atau disyaki terjangkit dalam zon jangkitan dengan berpandukan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) terpaksa diambil.

“Polisi ini diamalkan dengan tujuan menghapuskan virus supaya penternak dapat menternak semula dengan selamat serta bebas dari penyakit ASF seterusnya menjamin bekalan daging babi dalam negara yang mencukupi.

“Pemusnahan babi ini telah dijalankan bermula 5 Januari lalu selepas kes pertama ASF dikesan dengan kadar kematian yang tinggi iaitu mencecah 37 peratus atau kira-kira 60 ekor sehari daripada populasi 1,200 ekor babi di ladang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini (14 Februari 2023) menurut Utusan.

Menurutnya di Pulau Pinang ketika ini, pemusnahan babi dari ladang-ladang dengan kematian yang tinggi sehingga melebihi 30 peratus telah selesai dijalankan dan kadar perebakan penyakit juga dilihat semakin perlahan.

Dr Saira Banu berkata, penemuan karkas babi dengan tanda-tanda klinikal seperti penyakit ASF di rumah sembelihan juga telah berkurang atau tiada serta tiada aduan kematian babi yang tinggi di ladang babi.

Katanya, ini secara tidak langsung menunjukkan kaedah ‘stamping out’ yang dijalankan JPVPP sebelum ini memberi kesan yang amat baik.

“Sehingga hari ini (14 Februari), sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan daripada 16 buah ladang positif. Ladang yang telah disahkan positif dan selesai proses pelupusan babi di SPS pula adalah sebanyak 14 buah manakala lima lagi ladang di situ masih menunggu proses untuk pelupusan.

“Sementara itu, dua ladang yang disahkan positif di SPT juga telah selesai proses pelupusan manakala enam ladang positif di SPU serta tiga di Barat Daya sedang dalam proses untuk pelupusan,” kata beliau.

Berita berkaitan
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok