125 saksi dipanggil beri keterangan kes rasuah terowong Guan Eng

March 29, 2021 · Isu semasa

Seramai 125 saksi pendakwaan dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menhadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, saksi berpotensi untuk dipanggil bagi kes pendakwaan itu, termasuk beberapa anggota Exco Pulau Pinang. Pihak pendakwaan juga telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan hari ini.

“Antara dokumen yang diserahkan ialah laporan forensik telefon, laporan bahagian analisis kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan daripada pakar pendakwaan tentang projek yang terlibat,” katanya selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi di Kuala Lumpur, hari ini.

Lim, 60, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang diwakili peguam Sangeet Kaur Deo dikecualikan daripada menghadiri prosiding hari ini.

Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan pihak pembelaan sebelum perbicaraan kes itu, yang dijangka bermula pada 8 Jun.

“Kami juga telah menyerahkan senarai saksi berpotensi kepada pihak pembelaan dan satu salinan senarai saksi kepada mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 September, 20 hingga 24 September dan 13 hingga 17 Disember depan untuk perbicaraan kes.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, KOMTAR, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok