10,000 lampu tanglung tak boleh tenggelamkan identiti MALAYsia

January 10, 2023 · Isu semasa

Kenapa negara ini perlu ditenggelami lampu tanglung? Kenapa negara Malaysia perlu menjadi seperti negara China ketika tiba Tahun baharu Cina. Apa semua ini?

Saya begitu teruja membawa artikel bapak ultra kiasu dalam portal Malaysiakini bertajuk “Menyalakan 10,000 Tanglung Sutera Merah” di Jalan Raja Uda, Butterworth menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Bapak ultra kiasu tidak semena-mena berkata, 10 ribu tanglung menandakan berakhirnya pandemik COVID19 dan kebanggaan menjadi anak Malaysia.
Apa kaitan dengan lampu tanglung dengan semua ini, melainkan mahu menonjolkan kehebatan keunggulan sesuatu bangsa seperti Yahudi.

Kenapa negara ini perlu ditenggelamkan identiti sebegini? Seolah-olah negara ini tidak ada jati diri dan identiti?

Ketika Tahun Baharu Islam dan Raya puasa pun lampu ketupat tidak sebanyak tanglung.

Sudah buta Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membenarkan semua ini berlaku?

Ini bukan Hong Kong, tetapi MALAYsia, perkataan Malay itu, atau Melayu itu masih wujud. Itulah identiti yang tidak boleh ditenggelamkan oleh lampu tanglung.

Kenapa 10,000 lampu tanglung, negara ini bukan Hong Kong.

Pelik, ia dilakukan di sepanjang nama jalan, Jalan Raja Uda, dipenuhi 10 ribu tahun bagi mengalu-alukan kedatangan tahun baharu Cina dan berakhirnya pandemik COVID19. Ini kepercayaan tidak logik langsung dan tidak boleh diterima akal. Kenapa hanya lampu tanglung yang sinonim dengan Cina.

Kenapa identiti negara perlu ditenggelamkan oleh lampu tanglung?

Negara Brunei tidak membenarkan sama sekali perkara ini berlaku walaupun di sana ada 30 peratus Cina. Brunei tidak boleh tenggelam dengan identiti minoriti. Negara Brunei ada jati diri dan identiti, tanpa menafikan hak bukan Islam Cina, tetapi berpada-pada.

Benar, negara ini ada sejarah interaksi dengan China, India, Arab dan Barat. Tetapi negara tidak boleh berubah identiti jadi negara China, India atau Arab, apabila ada perayaan tertentu.

Identiti negara ini adalah Melayu Bumiputera.

Mana boleh dipenuhi dengan semua tanglung 10 ribu di Jalan Raja Uda dan bandaraya Pulau Pinang.

Ini tidak betul. Kenapa ultra kiasu begitu berani melakukannya.

Kata bapak ultra kiasu ini, majlis menyalakan 10,000 tanglung sutera merah di Butterworth, bukan sahaja penting kerana Jalan Raja Uda adalah satu-satunya jalan di Malaysia–dan mungkin di dunia–yang ada 10,000 tanglung untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dua minggu lagi.

Acara ini juga menandakan berakhirnya pandemik Covid-19 dan bermulanya usaha untuk menetapkan semula hala tuju negara supaya semua rakyat Malaysia di seluruh dunia dapat berbangga menjadi anak Malaysia

Berbangga menjadi anak Malaysia bukan dengan menggantung lampu tanglung telah menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara. Inilah yang seharus menjadi kebanggaan anak Malaysia, bukan lampu tanglung.

Apa kaitan lampu tanglung dengan kebanggaan menjadi anak Malaysia. Ini kebanggaan menjadi anak Cina, bukan anak Malaysia.

Saya sebagai orang Cina, tidak menolak lampu tanglung, tetapi biarlah berpada-pada, jangan campur aduk dengan kepercayaan sesat sebegini. Ia seolah-olah majlis rasis.

Kenapa tidak sponsor lampu ketupat ketika Raya Puasa atau Tahun Baharu Hijrah.

Paling pelik, bapak ultra kiasu kata, selama hampir tiga minggu sejak 17 Disember 2022, kita mencatatkan kes dan kematian akibat Covid-19 dalam julat tiga dan satu angka – jauh berbeza dengan apa yang disaksikan semasa Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pintu belakang pada Ogos 2021.

Apa kaitan dengan tanglung? Tanglung tidak boleh merubah semua ini. Allah Yang Maha Kuasa yang boleh merubah semua ini, bukan lampu tanglung.

Ultra kiasu rasis ini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegini dalam sebuah negara majoriti Melayu Bumiputera dan Islam.

Paling tidak boleh diterima, apak ultra kiasu kata, majlis malam itu adalah petanda untuk mengalu-alukan kedatangan era baharu, yang rakyat dalam dan luar negara berbangga sebagai anak Malaysia dan tidak lagi malu kerana Malaysia dikaitkan dengan kleptokrasi dan salah guna kuasa sebelum ini.

Apa kaitan dengan menenggelamkan bandar dengan lampu tanglung kleptokasi? Melainkan untuk menghidup satu bangsa agar menjadi dominan. Ini budaya Yahudi.

Ini kenyataan orang tua baoak ultra kiasu yang tidak masuk akal. Saya harap majlis bandaraya Pulau Pinang, mengambil tindakan agar negara ini tidak tenggelam identiti minoriti.

Tidak dinafikan Malaysia adalah titik pertemuan empat tamadun hebat dunia – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.

Benar, kita perlu ambil pengajaran dan nilai-nilai yang terbaik dari keempat-empat tamadun ini, tetapi jangan sampai tenggelam identiti dan jati diri negara

Apakah negara perlu negara negara satu bangsa apabila tiba tahun baharu?

Apakah tanda negara bertaraf dunia dengan menggantungkan tanglung? Cetek sungguh pengetahuan bapak ultra kiasu yang semakin merepek ini.

Mahu menjadi negara bertaraf dunia, anak Malaysia mesti menjunjung dasar negara, perlembagaan, Rukun Negara, bahasa negara, agama negara dan sebagainya. Inilah sebenarnya anak Malaysia, bukan tanglung.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penganalisis politik dan pendakwah 

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang dipetik dari laman Facebook beliau dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu· Politik
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
January 26, 2023· Isu semasa
Penyakit demam babi merebak di Pulau Pinang, 21 ladang dijangkiti
January 24, 2023· Isu semasa
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
6 jam lalu · Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
11 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
11 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok