Tuntutan Rusia guna matawang ruble beli gas ditolak G7

March 29, 2022 · Dunia

Kumpulan Negara G7 (G7) sepakat menolak tuntutan Moscow supaya eksport gas Rusia dibayar dalam mata wang ruble, kata Naib Canselor Jerman Robert Habeck pada Isnin.

Tuntutan Rusia “hanya membabitkan sebelah pihak dan jelas melanggar kontrak sedia ada”, kata Habeck, yang juga menteri hal ehwal ekonomi dan tindakan iklim Jerman, selepas mesyuarat maya menteri tenaga G7, lapor Xinhua menurut laporan Bernama.

Jerman kini mempengerusikan G7.

Perjanjian yang telah dimeterai harus diteruskan, kata Habeck. “Pembayaran dalam ruble tidak boleh diterima,” tambahnya, sambil menggesa syarikat terbabit supaya tidak menurut permintaan Rusia.

“Kami sepakat, dan tindak balas negara G7 adalah jelas,” kata Habeck. “Perjanjian akan terus dihormati.”

Minggu lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan bahawa penghantaran gas ke beberapa negara yang dianggap “tidak mesra Rusia” perlu dibayar dalam mata wang ruble.

Berita berkaitan
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan
May 25, 2023· Isu semasa
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022· Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Popular
Putera Charles jadi Raja baharu serta merta ganti Ratu Elizabeth II
September 9, 2022
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok