MB Kedah cadang GAS main congkak, bukan terlibat politik

February 19, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan kumpulan bergelar Gerakan Anti Sanusi (GAS) bermain congkak daripada terlibat dalam permainan politik.

Malah, beliau menyifatkan mereka yang melontarkan pandangan dan bersuara di sebalik poster semata-mata hanyalah kumpulan orang pengecut dan bacul semata-mata.

Disebabkan itu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu berkata beliau tidak ambil pusing mengenai tindakan pihak tertentu yang menubuhkan GAS bagi mengkritik kepimpinan kerajaan negeri diketuainya.

Sambil menganggap perkara itu sebagai permainan politik yang hanya perlu diselesaikan di medan politik semata-mata, beliau bagaimanapun menegaskan perhatian akan diberikan jika kumpulan itu melampau dan membuat fitnah..

“Kalau mereka melampau dengan membuat fitnah atau apa-apa, kita tengoklah nanti. Tetapi saya rasa itu cuma permainan politik saja dan saya tak peduli pun.

“Mereka ini gambar tak ada, muka pun tak ada tetapi cuma bersuara di sebalik poster semata-mata. Kita kalau nak bercakap dalam politik dan rasa mampu utarakan perkara yang benar, maka tampillah dengan berani.

“Itu semua pengecut dan orang bacul yang cuba lontarkan pandangan dalam politik, tetapi tak berani. Eloknya tak payahlah main politik sebaliknya main sajalah congkak atau batu seremban,” katanya menurut Warta Rakyat.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah Bagi Daerah Kota Setar serta Pelancaran ‘Kedah Cashless’ di Hotel Raia, hari ini (19 Februari 2023).

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, setakat ini kerajaan negeri belum membincangkan mengenai kemungkinan mengharamkan filem ‘Pulau’ seperti dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, baru-baru ini.

“Belum ada perbincangan lagi berkaitan perkara itu. Tetapi sebagai orang yang mempunyai kuasa terhadap pusat tayangan dan pawagam, mungkin ada pihak yang ambil tindakan dari sudut itu di tempat lain.

“Di Kedah, kerajaan negeri belum bincang apa-apa lagilah,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok