Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan

May 27, 2023 · Isu semasa

Petronas akan terus memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek syarikat minyak negara itu dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

Dalam kenyataannya hari ini Petronas mendakwa syarikat itu telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut yang tidak menemukan sebarang salah laku oleh syarikat, pekerja atau pengarahnya di bawah Akta SPRM 2009, menurut laporan Bernama.

Menurut kenyataan itu Petronas juga akan terus meningkatkan dan mengukuhkan prosedur operasi standardnya sebagai usaha berterusan yang serius dalam mencegah dan memerangi segala bentuk rasuah serta salah laku pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang diambil bekerja oleh atau bagi pihak syarikat dalam kumpulan itu.

Kenyataan itu memaklumkan ia dilakukan atas saranan SPRM dan sejajar dengan toleransi sifar Petronas terhadap rasuah.

SPRM dalam kenyataannya semalam mengesahkan suruhanjaya itu telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini dan Petronas telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Portal berkenaan dalam artikelnya mendakwa Petronas telah memberi kontrak bernilai hampir RM400 juta kepada syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023 · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023 · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok