Suntikan dos penggalak ke-4 bakal diberikan kepada rakyat England

March 20, 2022 · Dunia

England akan mula melancarkan suntikan vaksin dos penggalak keempat Covid-19 pada minggu ini, umum Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Orang ramai yang berisiko tinggi terdedah dengan bahaya virus tersebut ditawarkan untuk mendapatkan suntikan keempat itu, kumpulan sasaran awal bakal diberi dos penggalak tersebut adalah penghuni rumah orang tua, warga emas berumur lebih dari 75 tahun dan mereka mengalami imunosupresi.

Kira-kira lima juta orang dijangka menerima dos penggalak tersebut dan 600,000 ditawarkan menempah janji temu mereka pada minggu depan, menurut NHS.

“Program vaksinasi kami sudah menyelamatkan banyak nyawa dan berjaya membina tembok imunisasi yang membolehkan kami belajar untuk hidup dengan Covid,” kata Setiausaha Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Sajid Javid.

“Berikutan kejayaan besar setakat ini, kami kini menawarkan dos penggalak pada musim bunga kepada individu berusia lebih 75 tahun dan paling berisiko terdedah untuk mendapatkan perlindungan terhadap virus ini.”

Kes Covid-19 meningkat sekali lagi di seluruh Britain ekoran varian Omicron yang cepat merebak, dianggarkan kira-kira 1 dalam 20 orang dijangkiti pada masa ini.

Kemasukan di hospital sekali lagi meningkat, tetapi bilangan pesakit dalam unit jagaan rapi (ICU) masih kekal rendah.

Bercakap pada persidangan Parti Konservatif, Perdana Menteri Boris Johnson berkata: “Kami sedang bersiap sedia untuk memberi dos keempat, kerana kami memerlukannya.”

England menjadi salah satu negara yang paling teruk terjejas di dunia semasa wabak itu menular, dianggar lebih 163,000 orang mati selepas dijangkiti virus itu.

Berita berkaitan
Penderma darah lelaki diarah pulang enggan jawab hamil atau tidak
June 19, 2022· Dunia
Jangkitan baharu Covid-19 cecah rekod tertinggi di UK
March 29, 2022· Dunia
Australia tawar dos keempat
March 25, 2022· Dunia
UK bakal ‘bebaskan’ pesakit Covid
February 20, 2022· Dunia
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok