Australia tawar dos keempat

March 25, 2022 · Dunia

Kerajaan Australia menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada individu berusia 65 tahun dan ke atas bermula 4 April depan, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu hari ini.

Ini susulan varian baharu Omicron yang mula menular ke dalam populasi penduduk negara itu yang semakin meningkat, menurut Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai Imunisasi (ATAGI).

Dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan vaksin menjelang musim sejuk, kumpulan penasihat vaksin tertinggi negara telah mengesyorkan dos penggalak tambahan bagi mereka yang paling berisiko mendapat penyakit teruk akibat Covid-19.

Kumpulan penasihat utama mengenai vaksin meluluskan suntikan keempat itu kepada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, Orang Asli berusia lebih 50 tahun, orang yang lemah imunisasi dan warga emas di rumah penjagaan.

Menurut ATAGI, dos penggalak tambahan boleh diberikan dalam tempoh sela masa empat bulan selepas seseorang menerima dos penggalak pertama mereka.

Jika seseorang telah dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos penggalak pertama mereka, penggalak tambahan mungkin diberikan dalam tempoh empat bulan selepas jangkitan.

Australia melaporkan kes harian Covid-19 lebih 50,000 sejak beberapa hari lalu yang menjadikan jumlah itu dua kali ganda berbanding awal bulan ini didorong oleh penularan pantas varian Omicron BA.2.

Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata, dos tambahan itu akan mula diberikan pada 4 April depan, dua bulan sebelum musim sejuk bermula dengan mereka yang sudah disuntik dos ketiga akan mendapat suntikan empat bulan lebih awal.

“Dos penggalak ini adalah perlindungan terbaik untuk mengekang impak Covid-19 dan boleh melindungi kesan pasca Covid-19,” katanya.

Menurutnya, pelancong yang tiba di Australia tidak lagi perlu menunjukkan bukti negatif saringan Covid-19 lebih awal selepas sekatan mengenainya tamat 17 April ini.

Pelancong bagaimanapun masih perlu divaksin dan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam pesawat. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok