Jangkitan baharu Covid-19 cecah rekod tertinggi di UK

March 29, 2022 · Dunia

Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dikalangan rakyat di United Kingdom (UK) dipercayai sudah mencecah rekod tertinggi.

Tinjauan statistik mingguan yang dijalankan mendapati lebih 4.26 juta orang di seluruh UK dijangkiti Covid-19 minggu lalu, menghampiri jangkaan awal 4.3 juta orang pada minggu pertama 2022.

Di England khususnya, kes Covid-19 mencecah rekod baharu dengan anggaran 3,485,700 orang dijangkiti pada minggu yang berakhir pada 19 Mac, ia bersamaan 1 dalam 16 orang.

Rekod ini mungkin sudah dipecahkan di Wales dan Scotland, dianggarkan 192,900 dan 473,800 orang sudah dijangkiti Covid-19 minggu lalu.

Ireland Utara merekodkan kes Covid-19 yang lebih rendah dibandingkan dengan negara lain, dianggarkan 108,700 orang dijangkiti Covid-19 pada minggu yang berakhir 19 Mac, menyamai 1 daripada 17 orang.

Anggaran bilangan kes sebenar didakwa jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan secara rasmi.

Setakat 25 Mac, 599,244 orang sudah diuji positif Covid-19 dalam tujuh hari lalu di seluruh UK.

Kematian dalam tempoh 28 hari kekal rendah, bagaimanapun 950 kematian direkodkan untuk tempoh tujuh hari lalu.

“Data terkini kami menunjukkan tahap jangkitan terus meningkat di England, Wales dan Scotland, didorong oleh peningkatan varian Omicron,” kata Sarah Crofts dari wakil Pejabat Statistik Nasional (ONS) dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok