Polis Singapura hentikan kenderaan beri peluang memerang melintas

March 11, 2022 · Dunia

Penumpang yang menghala ke Plaza Singapura berdepan kejadian yang agak luar biasa ketika jalan raya – perjalanan mereka tertunda hanya untuk memberi peluang kepada sekeluarga memerang menyeberang jalan dengan selamat.

Dalam video TikTok yang disiarkan pada Khamis (10 Mac 2022), keluarga memerang itu menerima layanan istimewa apabila dua anggota polis yang mengawal Istana Presiden menghentikan lalu lintas untuk mengiringi ‘VVIP berbulu’ itu melintasi jalan lima lorong yang sibuk di Orchard Road.

Dalam klip video itu, anggota polis dilihat mengangkat tangan untuk menghentikan lalu lintas, menghalang kenderaan daripada melanggar haiwan itu.

Memerang terakhir dilihat melintasi jalan untuk menyertai keluarganya sebelum kenderaan diarah untuk bergerak semula.

Klip video ini dirakam oleh seorang komuter di dalam bas dua tingkat yang menyangka polis menghentikan semua kenderaan di jalan itu bagi memberi laluan kepada rombongan Presiden Singapura .

Terdapat pelbagai reaksi terhadap kejadian ini, dengan beberapa netizen menggelar memerang sebagai perosak, manakala melahirkan rasa terima kasih mereka terhadap anggota polis berkenaan.

Kilp video itu menjadi tular menyusul beberapa insiden ambulans di Malaysia diarah berhenti untuk memberi laluan kepada rombongan VIP termasuk perdana menteri.

Namun, dalam kejadian terbaharu yang disiarkan Agenda Daily 9 Mac lalu, tiga pengiring motosikal polis trafik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan pantas untuk mengiringi dan membuka laluan kepada sebuah ambulans yang dalam perjalanan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Ambulans itu, milik aktivis sosial terkenal Kuan Chee Heng dalam perjalanan dari Seksyen 14 di Petaling Jaya ke IJN.

Kuan, lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, menyiarkan di Facebook beliau video menunjukkan tiga penunggang motosikal polis membuka laluan untuk memudahkan ambulans di Lebuhraya Sprint, walaupun ketika itu mengiringi Yang di-Pertuan Agong. – Agensi

Berita berkaitan: Polis pengiring Agong iring ambulans pesakit ke IJN, bukan hentikannya

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok