Polis pengiring Agong iring ambulans pesakit ke IJN, bukan hentikannya

March 9, 2022 · Isu semasa

Tiga pengiring motosikal polis trafik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan pantas untuk mengiringi dan membuka laluan kepada sebuah ambulans yang dalam perjalanan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Ambulans itu, milik aktivis sosial terkenal Kuan Chee Heng dalam perjalanan dari Seksyen 14 di Petaling Jaya ke IJN, hari ini.

Kuan, lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, menyiarkan di Facebook beliau video menunjukkan tiga penunggang motosikal polis membuka laluan untuk memudahkan ambulans di Lebuhraya Sprint, walaupun ketika itu mengiringi Yang di-Pertuan Agong.

“Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan tiga anggota polis mengiringi ambulans kami sambil membawa pesakit dari Seksyen 14, PJ ke IJN,” tulis Kuan di Facebook.

Kuan berkata ambulan itu dalam perjalanan ke IJN tetapi bertemu dengan polis trafik yang dipercayai sedang mengiringi Yang di-Pertuan Agong.

“Ambulan kami yang ada pesakit dalamnya telah memperlahankan kenderaan ambulans dan rapat ke kiri jalan untuk beri laluan kepada rombongan Raja.

“Satu pengiring telah mendekati ambulans dari sebelah kanan dan minta ambulana bergerak ke hadapan dan mengikut polis trafik.

“3 pengiring motor besar trafik telah dengan cekapnya memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada ambulans. Ambulan telah diiringi dari simpang Jalan Semantan hingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke Institut Jantung Negara. Kami terharu dengan usaha baik ini.

“Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan ambulans malah memudahkan ia bergerak lancar di kesibukan kesesakan lalulintas di pagi hari. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Kami sampai di IJN dengan selamat,” tulis Kuan.

Kejadian itu berlaku tatkala tular baru-baru ini beberapa insiden di mana ambulans yang sedang membawa pesakit telah diberhentikan untuk memberi laluan kepada konvoi orang kenamaan termasuk Perdana Menteri.

Insiden itu mencetuskan kemarahan dalam talian dalam kalangan pengguna media sosial yang mengatakan ambulans sepatutnya diberi keutamaan.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok