Pemimpin tiga negara desak ‘penyelesaian dua negara’, kutuk serangan Israel

May 16, 2021 · Dunia

Pemimpin tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei hari ini mendesak dunia supaya mengiiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan juga Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, disamping mengutuk serangan Israel.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap ‘penyelesaian dua negara’.

Ketiga-tiga pemimpin yang mengutuk keras pencabulan dan keganasan berulang kali tentera Israel di Wilayah Palestin yang diduduki turut berkata, mereka sedia menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian aman, adil dan berkekalan di Timur Tengah.

“Kami meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatur sidang tergempar bagi menangani keganasan melampau dan mencari Penyelesaian Aman Bersama dengan matlamat menamatkan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin,” kata mereka lapor Bernama.

Kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu dikeluarkan di sini malam ini berikutan memuncaknya keganasan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.

Menerusi kenyataan bersama itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan mengenai perluasan penempatan haram dan tindakan merampas dan memusnahkan struktur milik Palestin di kawasan Tebing Barat yang diduduki termasuk di sekitar Baitulmaqdis Timur.

Mereka juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan oleh Israel selaku Kuasa Penakluk, menerusi tindakan tidak berperikemanusiaan, dasar menjajah dan aparteid ke atas penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.

Ketiga-tiga ketua negara itu mahu tindakan segera dan bertanggungjawab bagi memastikan pihak yang terbabit dipertanggungjawabkan dan menggesa semua pihak supaya berhenti dan menamatkan serangan ke atas orang awam, mengambil langkah meredakan ketegangan serta menjunjung peraturan dan undang-undang antarabangsa.

“Kami menggesa kedua-dua pihak menerima kehadiran sementara pihak antarabangsa di Bandaraya Al-Quds bagi memantau gencatan keganasan di Wilayah Palestin yang diduduki,” kata mereka.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut digesa bertindak segera dan mengambil segala langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan memberi perlindungan terhadap orang awam Palestin di seluruh Wilayah Palestin yang diduduki.

Mereka juga mengulangi solidariti dan komitmen mereka kepada penduduk Palestin termasuk hak untuk membuat keputusan sendiri serta mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok