Pakatan tentera Arab lancar serangan balas terhadap Houthi

March 27, 2022 · Dunia

Sehari selepas depot minyak Arab Saudi di Jeddah diserang, pakatan tentera negara-negara Arab diketuai Riyadh melancarkan serangan balas terhadap pengganas Syiah Houthi di Yaman.

Agensi berita Arab Saudi (SPA) melaporkan serangan udara yang dilakukan di Pelabuhan Saleef dan Hodeidah memusnahkan bot yang sedang dibina untuk membawa bahan letupan milik kumpulan Houthi.

Menurut pakatan itu, empat bot itu masih dibina oleh Houthi dan kemusnahan itu menggagalkan “serangan segera ke atas kapal tangki minyak.”

Tiga orang yang bekerja di atas bot itu dikatakan terbunuh dalam serangan ke atas Pelabuhan Saleef.

Pakatan tentera itu juga mengumumkan serangan udara di pelbagai tapak dan sumber ancaman di Sanaa dan Hodeidah pada Jumaat sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas kemudahan minyak di Arab Saudi, kata jurucakap pakatan Brig Jeneral Turki Al-Malki, kepada Al Arabiya.

Gabungan itu juga menggesa militan Houthi yang disokong Iran untuk mengeluarkan senjata dari tapak yang dikawal, termasuk di lapangan terbang antarabangsa Sanaa, dalam tempoh tiga jam pada Sabtu.

Menyimpan senjata di lapangan terbang di ibu kota Yaman dan kawasan awam lain akan mengakhiri status kawasan selamat yang tidak menjadi sasaran serangan pakatan, katanya.

Pakatan tentera itu meminta orang awam menjauhi tapak minyak di Hodeidah, dengan mengatakan bahawa mereka akan berusaha mengelak serangan yang akan menjejaskan kepentingan awam.

Al-Maliki berkata pakatan tentera negara-negara Arab turut memusnahkan sebuah depot simpanan senjata di Pelabuhan Saleef.

Dua hari lalu, pengganas Houthi melancarkan serangan menggunakan roket dan dron terhadap kemudahan simpanan minyak di Jeddah, kira-kira 86 kilometer dari Tanah Suci Makkah, ketika perlumbaan Formula One akan berlangsung pada Ahad. – Agensi

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023· Politik
Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan
September 10, 2023· Politik
PH menang PRK Pulai dan Simpang Jeram, UMNO dan Zahid pasti lega
September 9, 2023· Politik
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok