Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan

September 10, 2023 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya berpuas hati dengan keputusan diperolehnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram hari ini walaupun tewas kepada penyandang Pakatan Harapan (PH).

Walaupun kalah, Dr Mohd Mazri mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang menyokongnya di Simpang Jeram dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada calon PH yang menang kali ini.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada pengundi Simpang Jeram yang telah memilih Perikatan Nasional! Terima kasih juga kepada ahli UMNO yang mahukan perubahan dengan mengundi Perikatan Nasional kali ini. Undi kalian tentulah amat berharga.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada YB Ir Ts Nazri Abdul Rahman dan PH kerana berjaya mempertahankan kerusi ini. Lakukanlah yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat Simpang Jeram tanpa mengira perbezaan politik mahupun kaum.

“Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Perikatan Nasional, Masyaallah saya sangat berpuas hati kerana berjaya meningkatkan jumlah undi Perikatan Nasional berbanding keputusan pilihan raya yang lepas,” katanya dalam satu hantaran Facebook malam ini.

Dr Mohd Mazri juga menyifatkan sokongan pengundi Melayu di Simpang Jeram kepada PN adalah bukti mereka konsisten kekal menyokong parti yang bersih dan tidak terpalit dengan rasuah.

“Saya sangat percaya, keputusan hari ini adalah signal kuat bahawa hanya dengan perpaduan melayu sajalah kita dapat memastikan negeri dan negara ini dapat ditadbir dengan baik,” ujarnya lagi.

Pada PRK DUN Simpang Jeram, calon PH, Nazri menang dengan majoriti 3,514 undi.

Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri daripada PN yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon Bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada pukul 9.12 malam tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, DUN Simpang Jeram dimenangi Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada PH apabila memperoleh 8,749 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Md. Don (6,062 undi), Zarul Salleh dari PN (6,350 undi) dan Mahaizal Mahmor dari Pejuang (208 undi).

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
14 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
21 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok