Umrah: Kerajaan sedang kaji prosedur dikenakan Arab Saudi

August 10, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedang mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan prosedur berkaitan visa pelancongan dan umrah susulan langkah Arab Saudi membuka semula negara itu kepada pelawat asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata langkah itu dibuat sebelum rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan umrah.

“Berkenaan umrah kami sedang mengutip sebanyak mungkin maklumat, kita perlu lihat keseluruhannya antaranya berkaitan visa, kemungkinan kita akan tengok lebih dekat bagaimana boleh sekalikan sebagai contoh visa pelancongan bersama visa umrah.

“Bila dapat maklumat lengkap dan tepat, kita akan war-war dari masa ke masa,” katanya hari ini ketika mengulas langkah Arab Saudi membenarkan umat Islam mengerjakan umrah namun menetapkan beberapa syarat ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19..

Arab Saudi telah membuka kembali pintunya kepada pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia sejak 1 Ogos lalu dengan mempermudah prosedur mendapatkan visa bagi tempoh setahun dan kebenaran tinggal hingga 90 hari di negara itu.

Ahad lalu, jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Mohammed al-Abd al-Ali menegaskan negara itu tidak meluluskan vaksin Covid-19, Sinopharm atau Sinovac dan menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial mengatakan negara itu meluluskan vaksin berkenaan.

Portal e-visa negara itu menyatakan Arab Saudi akan membenarkan kemasukan pengembara asing yang lengkap menerima suntikan Sinopharm atau Sinovac, sekiranya mereka mendapatkan suntikan penggalak yang diluluskan.

“Tetamu yang telah menerima dua dos suntikan Sinopharm atau Sinovac akan diterima masuk jika mereka mendapatkan suntikan tambahan salah satu daripada empat vaksin yang diluluskan kerajaan Arab Saudi,” kata Kementerian Pelancongan dalam portal e-visa itu.

Setakat ini Arab Saudi hanya meluluskan vaksin Moderna, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan AstraZeneca-Oxford.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok