Ibu bapa lengkapi dua suntikan sahaja boleh rentas negeri jumpa anak

August 9, 2021 · Isu semasa

Hanya ibu bapa yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 diberi kelonggaran untuk merentas negeri berjumpa anak-anak di bawah usia 18 tahun.

Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan tiada kelonggaran diberikan kepada individu berusia 18 tahun yang lengkap menerima dua dos vaksin untuk merentas negeri bertemu ibu bapa.

Katanya ini kerana ia akan membabitkan jumlah yang ramai dan dibimbangi boleh melonjakkan kes Covid-19 di seluruh negara.

“Perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko jangkitan semasa pada peringkat awal pemberian kelonggaran yang diumumkan,” katanya dalam kenyataan hari ii.

Setakat ini, beliau berkata, hanya ibu bapa yang sudah menerima vaksinasi lengkap, dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak berusia 18 tahun ke bawah, berkuat kuasa esok.

Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), lebih 8.77 juta individu di seluruh negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin masing-masing.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan juga sedang menimbang untuk memberi kelonggaran bagi aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri yang berada di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Hishammuddin berkata langkah itu bagi memastikan keperluan kesihatan mental rakyat terjaga.

“Meskipun kita masih berada dalam Fasa Satu, berkaitan isu kesihatan mental kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti yang selamat seperti pergi ke taman dan pasar-pasar malam yang terbuka, semua ini kita sedang pertimbang kelonggaran,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok