Dua menteri letak jawatan dibelasah warganet, dikecam pengkhianat

August 8, 2021 · Isu semasa

Warganet melepaskan geram terhadap dua menteri UMNO yang meletak jawatan baru-baru ini kerana terpengaruh dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang mengheret parti tersebut untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad dikecam warganet yang menyifatkan kedua-dua mereka sebagai pengkhianat kepada parti dan lari daripada tanggungjawab mereka hanya semata-mata mahu memuaskan hati Presiden UMNO itu.

“Inilah contoh pengkhianat, ketika rakyat sedang berjuang dengan penyakit, dia lari utk kepentingan dirinya,” kata seorang pengguna Facebook, Azanan Ismail diruang komen berita peletakan jawatan Shamsul Anuar.

“Bekerja untuk parti, bukan untuk rakyat… Lepas ni desak Presiden UMNO supaya letak jawatan demi untuk nama baik parti dan masa depan parti,” kata Zahar Din kepada Shamsul Anuar.

“Ni DAP suka Melayu sama Melayu bergaduh, DAP dapat kuasa juga akhirnya,” kata Azwan Ain pula yang dipetik dalam ruang komen.

Shamsul Anuar menjadi menteri pertama meletak jawatan selepas keputusan Zahid dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Selasa yang mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, nama Shamsul Anuar antara yang disebut Zahid dalam klip audio tular bersama Anwar pada April lalu, keputusannya tersebut mengesahkan ketulenan pakatan sulit antara Presiden UMNO dan PKR tersebut.

Noraini menyusul beberapa hari kemudiaan mengumumkan peletakan jawatannya dan warganet turut membidas bekas Menteri Pengajian Tinggi tersebut yang sebelum ini mencetuskan kontroversi mengadakan program bersama pemimpin DAP di Bangi.

“Bagus lah letak jawatan demi Presiden UMNO yang banyak kes mahkamah,” kata Lissa Amy di ruang komen laporan berita peletakan jawatan Noraini.

“Elok laa tu… kurangkan beban kerajaan bayar gaji, kalau ado pun tak berfungsi… Baik bori kepada yang memerlukan pada musim-musim pandemik ini, lebih bermakno,” kata Edry Azman.

“Bagus sangat la tu… Nampak sangat pentingkan diri sendiri, kalau pentingkan rakyat mesti tak letak jawatan time kes Covid tengah mencanak naik ini,” kata Long Man.

Beratus-ratus komen pedas membanjiri ruang komen dalam platform Facebook yang mengkritik kedua-dua bekas menteri tersebut.

Majoritinya tidak berpuas hati kerana tindakan mereka berdua yang dianggap hanya mementingkan diri sendiri dan demi menyelamatkan Zahid yang sedang tersepit berdepan kes mahkamahnya.

Warganet juga menyifatkan langkah tersebut akan memastikan DAP kembali berkuasa dan akan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri baharu, malah umum mengetahui pakatan sulit yang sedang dirancang Zahid demi cita-citanya untuk bersama Anwar.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok