Bersatu sokong penuh Muhyiddin dan Ismail Sabri terajui kerajaan PN

August 4, 2021 · Politik

Kebijaksanaan dan kematangan Yang di-Pertuan Agong dalam menangani kemelut politik yang tercetus sekali lagi amat dihargai Parti Bersatu dan menjunjung kasih keputusan Baginda yang perkenan kepada cadangan dan usaha kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Bersatu menghargai keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menerajui kepimpinan kerajaan.

“Parti Bersatu menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda kepada cadangan dan usaha kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan semua ahli Bersatu terus menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan dibantu oleh YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Faizal berkata yakin inisiatif dan program pemulihan yang sedang dilaksanakan kerajaan akan mampu membawa negara keluar daripada krisis kesihatan yang sedang dihadapi negara dan mengikut perancangan yang telah digariskan.

“Bersatu yakin dan percaya segala inisiatif kerajaan seperti Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pakej-pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani pandemik Covid-19 dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga memohon agar semua pihak tanpa mengira fahaman politik bersatu padu bagi memastikan segala pelaksanaan yang dirancang kerajaan dapat dicapai dan seterusnya membawa keluar negara daripada kemelut Covid-19.

“Sehubungan itu, Bersatu memohon semua pihak untuk terus menyokong dan memberikan kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirangka oleh Kerajaan Perikatan Nasional bagi membawa negara keluar daripada kemelut pandemik Covid-19,” ujarnya lagi.

Terdahulu awal hari ini, Muhyiddin menghadap Agong dan menyembah maklum bahawa beliau menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkannya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

Pada masa sama Muhyiddin juga berjanji akan membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat, September ini sebagaimana dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok